Sunday 19 February 2017

LDP : Kaedah PdPc Bahasa Melayu & KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 1




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANBANDAR PUTERI JAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
KAEDAH PdPc BAHASA MELAYU & KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1


ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SMKBPJ

Mentor : Cikgu Harun bin Salleh (GKM Bahasa)

         Cikgu Ainun binti Hasan
         
         Cikgu Deeparani a/p Ramoo

         Cikgu Norbaizura binti Buniran                (Ketua Panitia BM)

         Cikgu Noriah binti Abdullah

   Panitia Bahasa Melayu SMK. Bandar Puteri Jaya telah menganjurkan satu latihan dalam perkhidmatan (LDP) untuk semua guru Bahasa Melayu pada hari Sabtu, bertarikh 18 Februari 2017. Tajuk LDP ini ialah Kaedah PdPc Bahasa Melayu dan KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 1.

  Objektif utama LDP ini dilaksanakan ialah agar semua guru Bahasa Melayu di sekolah ini mempunyai pengetahuan tentang KSSM Bahasa Melayu yang baru diperkenalkan mulai tahun 2017 ini. Bukan itu sahaja, LDP ini juga bertujuan untuk membimbing guru-guru yang baru  mengajar dalam subjek Bahasa Melayu. 

   Menerusi LDP ini juga, pihak sekolah berharap guru-guru yang baru mengajar dalam subjek Bahasa Melayu ini dapat satu pendedahan yang mantap tentang kaedah PdPc Bahasa Melayu. 

   Kaedah PdPc dalam Bahasa Melayu dan KSSM Bahasa Melayu baharu ini dikongsikan oleh Tuan GKM Bahasa sendiri iaitu Cikgu Harun bin Salleh, Ketua Panitia Bahasa Melayu Cikgu Norbaizura binti Buniran, Cikgu Ainun binti Hasan, Cikgu Noriah binti Abdullah dan Cikgu Deeparani a/p Ramoo.Berikut kaedah PdPc yang dikongsikan oleh mereka:
1. Cikgu Harun - Ulasan PT3
2. Cikgu Ainun - Komsas (Antologi & Novel)
3. Cikgu Deeparani - Karangan (Teknik 4 Bucu    & Hafalan Tampalan)
4. Cikgu Norbaizura & Cikgu Noriah (KSSM        Bahasa Melayu Tingkatan 1)

    Selain kaedah PdPc dan KSSM Bahasa Melayu, mentor juga berkongsi tentang Rancangan Pengajaran Harian yang mempunyai elemen PAK-21,konsep 4C dan SKPMg2.

   Akhir kata, kehadiran para guru Bahasa Melayu untuk LDP ini juga sangat memberangsangkan. Mereka berasa seronok kerana ilmu baru yang diperoleh ini dapat ditambahbaik dalam PdPc mereka selepas ini.Sebagai seorang guru, keterbukaan minda untuk menerima dan berkongsi sesuatu ilmu adalah sangat penting. Guru-guru di SMKBPJ sememangnya mempunyai sikap keterbukaan minda ini seiring dengan motto sekolah iaitu 'Beriltizam ke Puncak Jaya'.


 Para perserta LDP sedang khusyuk mendengar taklimat mentor



GKM Bahasa Cikgu Harun bin Salleh


Mentor :  Cikgu Ainun binti Hasan
(Guru berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu)


 Cikgu Harun bin Salleh sedang menyampaikan kaedah PdPc Bahasa Melayu : Ulasan PT3



 Cikgu Harun bin Salleh dengan rancak berkongsi kaedah PdPc Ulasan PT3



 Cikgu Ainun binti Hasan bersama Cikgu Deeparani a/p Ramoo



 Cikgu Ainun binti Hasan sedang menyampaikan kaedah PdPc : Komsas


Cikgu Deeparani menyampaikan kaedah PdPc karangan untuk kumpulan cemerlang dan halus



 Cikgu Norbaizura binti Buniran sedang menyampaikan informasi KSSM Bahasa Melayu


 Cikgu Noriah binti Abdullah juga berkongsi cara mengajar Seni Bahasa




Keluarga Panitia Bahasa Melayu SMKBPJ
(Terima kasih Cikgu Rizal untuk foto)


Cikgu Noriah binti Abdullah, Cikgu Yusnita binti Ya dan Cikgu Norbaizura binti Buniran


GKM Teknik & Vokasional Cikgu Rizal bin Ahmad turut hadir untuk menyokong aktiviti Panitia Bahasa Melayu


Cikgu Nurul Huda binti Abu Talib, guru berpengalaman bersama Cikgu Shahiroh binti Jamaludin

Tahniah kepada ahli panitia Bahasa Melayu SMKBPJ.☺

Klik pautan di bawah untuk menonton video LDP ini.
https://www.youtube.com/watch?v=j0LeJTAEL_Y


No comments:

Post a Comment