Thursday 7 February 2019

BUKU SKRAP LITTLE EINSTEIN

BUKU SKRAP
LITTLE EINSTEIN

Image result for LITTLE EINSTEIN
Sumber: Google Image

TEKNIK BACAAN KWLH DALAM MATA PELAJARAN SAINS KSSM

Dalam pembelajaran, pengetahuan sedia ada sangat penting ditekankan dan pengetahuan ini harus digabungkan dengan pengetahuan yang diperoleh menerusi bahan-bahan rujukan.

Pada masa ini, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan satu cabaran besar kepada murid-murid. Mengapakah KBAT menjadi satu cabaran mereka? Pernahkah kita terfikir mengenai hal ini?
Murid:
  1. kurang membaca
  2. kurang meneroka maklumat baharu dan berilmiah daripada sumber seperti Youtube, Jurnal, Blog, Majalah Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Surat khabar, Radio, Dokumentari dan sebagainya
  3. kurang perasaan ingin tahu (inkuiri) untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan
  4. merasakan perkara/isu lain lebih penting berbanding yang berilmiah
  5. bergantung 100% kepada penerangan guru
Bagi menangani cabaran ini, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sains SMK Bandar Puteri Jaya berganding bahu dengan memperkenalkan teknik bacaan KWLH kepada semua murid Tingkatan 3. Murid dikehendaki menyediakan buku skrap Little Einstein berpandukan sebuah tajuk artikel Dewan Kosmik yang diberikan oleh guru.

Saya dijemput sebagai fasilitator untuk menyampaikan taklimat teknik bacaan KWLH kepada semua murid Tingkatan 3. Pada pandangan saya, sekiranya Program Buku Skrap Little Einstein dibuat dengan bersungguh-sungguh oleh semua murid Tingkatan 3, maka buku skrap yang akan dihasilkan oleh mereka bakal menjadi bahan rujukan kepada semua murid untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Malah, buku skrap ini juga akan membantu murid mengeluarkan idea-idea bernas semasa penulisan karangan.

Saya kongsikan di sini power point slaids Buku Skrap Little Einstein. Semoga teknik ini akan membantu lebih ramai murid lagi.

Image result for teknik bacaan kwlh
Sumber: Google Image
Foto 1: Teknik Bacaan KWLH


SLAIDS TEKNIK BACAAN KWLH UNTUK BUKU SKRAP LITTLE EINSTEIN






Sumber Foto: Puan Nor Aqilah binti Norjandin (Guru Sains Tingkatan 3)
Foto 2: Taklimat Teknik Bacaan KWLH untuk murid-murid Tingkatan 3

Wednesday 6 February 2019

WARNA DAN AKRONIM DALAM PdPc BAHASA MELAYU

WARNA DAN AKRONIM DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  • Mengapakah warna mempengaruhi pembelajaran murid?
  1. bertujuan menarik perhatian murid
  2. bertujuan membuat penegasan dan pembezaan isi/poin
  3. bertujuan menceriakan latihan/nota murid
  4. bertujuan meningkatkan konsentrasi/tumpuan/memori murid
  5. bertujuan merangsang minda murid
Modul RumusanTingkatan 5 (Koleksi Soalan Percubaan SPM)
Foto 1: Murid menggariskan isi-isi tersurat dalam soalan rumusan menggunakan pen tumpu imej (highlighter)

Image result for highlighter pen
Sumber foto: Google Image
Foto 2: Pen tumpu imej (highlighter) wajib digunakan dalam PdPc BM

  • Mengapakah akronim mempengaruhi pembelajaran murid?
  1. bertujuan memudahkan murid mengingati sesuatu formula dengan mudah dan lebih lama
  2. penulisan karangan menjadi teratur dan lengkap
Formula Tarmizi 7 Jari
Foto 3: Teknik Menghuraikan Perenggan Isi Karangan (Kumpulan Halus)


Video: PdPc guru menggunakan formula TARMIZI (Menghuraikan perenggan isi)


Foto 4: Teknik Menghuraikan Perenggan Isi Karangan (Kumpulan Cemerlang & Sederhana)

Tingkatan 5 Akaun 1 SMK Bandar Puteri Jaya

Foto 5: Hasil kerja murid untuk huraian perenggan isi

Foto 6: Bengkel Penulisan Karangan menggunakan akronim

Friday 3 March 2017

Pembelajaran Abad ke-21 dan SKPMg2

 PdP Dulu - Chalk & Talk


PdPc Kini - Pembelajaran Abad ke-21






Pembelajaran Abad ke-21

      Pembelajatan Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan "kumpulan pelaksana" yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut.

    Pada masa yang sama, guru perlu menyedari bahawa dunia pendidikan kini perlu seiring dengan perkembangan zaman agar tidak ketinggalan. Seiring dengan itu, kaedah PdPc perlu diubahsuai ke arah perkembangan teknologi siber dan berpusatkan murid agar menarik minat murid untuk menghayati mata pelajaran yang dipelajari sekaligus memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka.

     Apabila disentuh pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sini, guru berperanan sebagai perancang,pengawal,pembimbing,pendorong dan penilai (Rujuk SKPMg2) untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Seterusnya, peranan murid pula adalah sebagai pembelajar aktif untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai positif.

     Maka, sesuailah sekiranya seorang guru mengamalkan Pembelajaran Abad ke-21 di dalam bilik darjah agar kriteria SKMPg2 tercapai sekaligus merealisasikan 6 aspirasi murid iaitu murid yang berpengetahuan, murid yang mempunyai kemahiran berfikir, murid yang mempunyai kemahiran untuk memimpin, murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa, murid yang mempunyai etika dan kerohanian dan akhir sekali murid yang  memaparkan identiti nasional.

Pembelajaran Abad ke-21 dan Aktiviti Kumpulan

   Terdapat banyak strategi dalam Pembelajaran Abad ke-21. Antara strategi yang sangat popular diaplikasikan dalam bilik darjah ialah strategi Gallery Walk, 3 stray, 1 stay, Jigsaw, Think Pair Share, Round Table, Hot Seats, Role Play, Pembentangan, Simulasi, Sajak, Syarahan, Problem Based Learning dan Project Based Learning.

 Foto : Strategi 3 stay, 1 stray
(kelas BM Cikgu Erni Sunarti)

Foto :  Strategi Project Based Learning
(kelas RBT Cikgu Mahayu)

Foto : Pembentangan
(kelas Sains Cikgu Azreen Farhana)

Foto : Think Pair Share
(kelas PSV Cikgu Sarathamani)

Video : Project Based Learning
(kelas Perniagaan Cikgu Jamil)




Video : Jigsaw
(kelas BM Cikgu Deeparani)

Video : Jigsaw & Hot Seats
(kelas BM Cikgu Ainun)

Video : Berpantun
(kelas BM Cikgu Noriah)



Pembelajaran Abad ke-21 dan SKPMg2


Jika guru mengamati borang penskoran PdPc SKPMg2, terdapat 6 aspek penting yang perlu dicapai oleh guru iaitu :
4.1 Guru sebagai Perancang - Rancangan Pengajaran Harian 
4.2 Guru sebagai Pengawal - mengelola isi pelajaran, masa dan aktiviti kumpulan murid
4.3 Guru sebagai Pembimbing - memberi tunjuk ajar / panduan dan mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk pelajaran yang lain
4.4 Guru sebagai Pendorong - memberi rangsangan untuk berfikir dan membuat keputusan dan memberi pujian/penghargaan kepada murid
4.5 Guru sebagai Penilai - Sesi soal jawab / KBAT / menyemak hasil kerja murid
4.6 Murid sebagai Pembelajar Aktif - Aktiviti Berpusatkan Murid & Koperatif serta mengaitkan isi pelajaran dengan isi sejagat atau tempatan.

Guru juga perlu memberi perhatian terhadap Rubrik Tahap Kualiti PdPc. Untuk mendapat skor tertinggi iaitu 4 maka guru perlu melaksanakan PdPc Abad ke-21 dengan baik kerana Pembelajaran Abad ke-21 dan 6 aspek yang perlu dicapai oleh guru saling berkaitan.


Maka, jelaslah di sini bahawa setiap seorang guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia wajib melihat,memahami,menghayati dan melaksanakan PdPc mereka sepertimana tertera dalam Borang Penskoran PdPc SKPMg2 agar kemenjadian murid sebagaimana dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tercapai dengan jayanya.


Impak melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 dalam PdPc saya:

     Saya mula melaksanakan PdPc Abad ke-21 pada tahun 2015 selepas dibimbing oleh SISC+ Bahasa Melayu, Puan Mariana binti Yaacob (PPD KMY). Pada peringkat awal, saya melaksanakan PdPc dengan aktiviti kumpulan yang mempunyai strategi Gallery Walk. Saya juga menyelitkan teknik pembacaan CHATT, menggunakan akhbar dalam darjah dan peta i-Think dalam PdPc saya.

    Pada tahun 2016, PdPc saya berkembang kepada beberapa strategi yang lain seperti 1 stay, 3 stray, Pembentangan dan Project Based Learning. Saya juga aktif menggunakan aspek warna (penggunaan highlighter) dan akronim dalam PdPc saya khususnya dalam Rumusan dan Karangan untuk subjek Bahasa Melayu menengah atas. Selepas itu, saya mula memikirkan satu kaedah untuk mengajar perenggan isi karangan untuk murid-murid Tingkatan 3 saya dan akhirnya menghasilkan Teknik 4 Bucu dalam pengajaran saya. Hasilnya, apabila saya menyemak skrip jawapan PT3, murid-murid saya boleh dikatakan majoriti skor markah tertinggi dalam Soalan Karangan. Itu merupakan satu indikator kejayaan dalam kerjaya saya sebagai seorang guru.

    Bukan itu sahaja, saya menggunakan kaedah Flipped Classroom dalam PdPc saya di mana saya akan memberi tajuk Karangan lebih awal dan meminta murid mencari bahan-bahan yang berkaitan untuk tajuk Karangan tersebut. Saya akan membantu murid dengan mencadangkan beberapa pautan yang berkaitan dengan tajuk dalam Internet dan menggalakkan murid membaca majalah seperti Dewan Siswa, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Setelah melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21, saya mendapati skor ujian/peperiksaan murid saya meningkat pada tahun lepas (GP BM : 1.42 Pep.Akhir Tahun Tingkatan 4). 

    Bukan itu sahaja, saya juga mula meneroka perkongsian PdPc guru-guru yang lain seperti Blog Cikgu Norhailmi, Fb TcherCollection, Fb 21st Century Classroom, Group WhatsApp SISC+ BM PPD KMY dan banyak lagi. Sy juga turut mengkaji pelaksanaan PdPc negara lain semasa melanjutkan pengajian Sarjana saya di UUM. Boleh dikatakan saya selalu belajar strategi-strategi baru PdPc daripada pelbagai pihak. Perkongsian PdPc Pembelajaran Abad ke-21 oleh SISC+ PPD KMY Puan Norhayati binti Abdullah,Pn.Mariana binti Yaacob dan Puan Mak Wai Fong turut membuka minda saya untuk mencuba strategi Pembelajaran Abad ke-21 yang lain dalam PdPc. Sikap saya yang sentiasa menerima perubahan dengan positif dan rajin mencuba serta mencari jalan penyelesaian sekiranya berlaku kekangan ialah resipi kejayaan saya. Bagi saya, PdPc yang menerapkan Pembelajaran Abad ke-21 perlu fleksibel dan guru sebagai fasilitator perlu berani mencuba apa sahaja strategi untuk menarik minat murid sekaligus mencapai kriteria kejayaan dalam PdPc tersebut.

    Berkat kesungguhan dan kegigihan saya dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 sejak tahun 2015 telah membuahkan hasil apabila saya menerima beberapa sijil (anugerah) untuk PdPc saya iaitu Guru yang mengamalkan PdPc Abad ke-21 Tahun 2016, Open Class PLC Bahasa Melayu dan Amalan Terbaik Bahasa Melayu. Keterbukaan minda dan kesediaan melaksanakan perubahan yang baru dalam dunia pendidikan boleh dikatakan salah satu sebab kejayaan saya dalam profesion perguruan. Bukan sekadar kejayaan malah kreativiti guru juga berkembang dengan baik.

  Jadi, guru-guru yang membaca artikel saya ini,satu sahaja pesanan saya,tak kira cikgu prasekolah, cikgu sekolah rendah atau cikgu sekolah menengah,gunakanlah kreativiti dalam PdPc anda kerana Pembelajaran Abad ke-21 sangat fleksibel dan mesra guru. Guru boleh PLC, google banyak laman web,Youtube dan hadir Bengkel Pembelajaran Abad ke-21 agar kefahaman anda tentang transformasi baharu ini menjadi mantap.

Kunci kejayaan saya:
Think Positive,Accept the Changes and Explore it. Through exploration only we gain the experience. 👍👍👍


 Foto : Open Class PLC Bahasa Melayu


Foto : Seminar Amalan Terbaik Bahasa Melayu


Bagaimanakah pula impak Pembelajaran Abad ke-21 kepada anda sebagai guru? Mohon kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
 "Sharing is Caring".

Klik pautan di bawah untuk strategi PAK-21 yang lain.
https://drive.google.com/file/d/0Bzct87ZbAw_uX1lPZlBxOEpZQzg/view?usp=sharing


Sumber rujukan:
http://jpnperlis.moe.gov.my/v1/index.php/mt/category/413-standard-kualiti-pendidikan-malaysia-gelombang-2-skpmg2

Group Telegram BM Se-Malaysia

Borang Penskoran Pdpc SKPMg2

Foto dan Video PdPc Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah





Thursday 2 March 2017

Nota Novel Jendela Menghadap Jalan Tingkatan 4


Nota Novel Jendela Menghadap Jalan berbentuk Microsoft Power Point Slaids untuk rujukan dan kegunaan semua guru Bahasa Melayu. Semoga dengan perkongsian ini, PdPc guru akan menjadi mudah dan lancar.


Slaids ini telah disediakan oleh anak murid Tingkatan 4 P1 saya. Saya menjalankan PdPc novel dengan menggunakan kaedah pembentangan.

Proses kerja pembentangan ini:
Langkah 1 - Guru mengagihkan 36 bab dalam novel ini kepada ahli kumpulan. Satu kumpulan mempunyai ahli kumpulan antara 4-5 orang. 

Langkah 2 - Guru menyediakan Panduan Pembentangan kepada semua murid. Guru juga menekankan penggunaan peta i-Think dalam penyediaan slaids.

Langkah 3 - Guru menetapkan tarikh akhir ahli kumpulan e-mel slaids kepada guru. (Guru memberikan tempoh masa selama seminggu dan berkongsi bahan nota novel kepada semua murid)

Langkah 4 - Murid e-mel slaids dan guru menyemak hasil kerja murid. Guru memberi komen terhadap slaids murid. Murid edit slaids dan e-mel semula kepada guru.

Langkah 5 - Guru muat turun semua slaids dan memasukkan dalam satu folder.

Langkah 6 - Pembentangan bermula. Guru memilih kumpulan terbaik dan memberikan token penghargaan kepada kumpulan tersebut.

(Tempoh masa : mengambil masa  selama 4 minggu untuk pembentangan ini selesai)

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun slaids dan mohon tinggalkan komen anda dalam ruangan komen blog sayacikgudeeparani.blogspot.com

BAB 1 - 4
https://docs.google.com/presentation/d/1eJx5jY0gZPrI1E4wuTMXFCwrgvsKy27mmgekTbiJMME/edit?usp=sharing

BAB 5 - 8
https://docs.google.com/presentation/d/1SmDuqcKY7BOn_SCYHfWuHUFayCDrP-j-Itn4nkCwz3Y/edit?usp=sharing

BAB 9 - 12
https://docs.google.com/presentation/d/1iJ4j7Qke_fRLfH6egi2O3DowaMDSUIg-3rN939jkTr4/edit?usp=sharing

BAB 13 - 17
https://docs.google.com/presentation/d/1VSbj28lR2qKzuvgLIfoa3ULORP03ZfRGYhTSdiAkxhc/edit?usp=sharing

BAB 18 - 22
https://docs.google.com/presentation/d/13LRhRGgx8FD0MW61nEUl6OEEsYSYDlpZTEN8cEUR0Zs/edit?usp=sharing

BAB 23 - 28
https://docs.google.com/presentation/d/1HaVSUd3ehmK2U-Iy6s2SJ1iSQvWs_v9l0fowIYQa3V8/edit?usp=sharing

BAB 29 - 32
https://docs.google.com/presentation/d/1OdcqJv2gBllKtWilhSsN6blZ1nJpK5doFSbkuBEdzhI/edit?usp=sharing

BAB 33 - 36
https://docs.google.com/presentation/d/1pXeaIaw0ttF9Pa1vh77QRERPRV8lenMomfqYRWxy8_k/edit?usp=sharing


Sunday 19 February 2017

LDP : Kaedah PdPc Bahasa Melayu & KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 1




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANBANDAR PUTERI JAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
KAEDAH PdPc BAHASA MELAYU & KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1


ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SMKBPJ

Mentor : Cikgu Harun bin Salleh (GKM Bahasa)

         Cikgu Ainun binti Hasan
         
         Cikgu Deeparani a/p Ramoo

         Cikgu Norbaizura binti Buniran                (Ketua Panitia BM)

         Cikgu Noriah binti Abdullah

   Panitia Bahasa Melayu SMK. Bandar Puteri Jaya telah menganjurkan satu latihan dalam perkhidmatan (LDP) untuk semua guru Bahasa Melayu pada hari Sabtu, bertarikh 18 Februari 2017. Tajuk LDP ini ialah Kaedah PdPc Bahasa Melayu dan KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 1.

  Objektif utama LDP ini dilaksanakan ialah agar semua guru Bahasa Melayu di sekolah ini mempunyai pengetahuan tentang KSSM Bahasa Melayu yang baru diperkenalkan mulai tahun 2017 ini. Bukan itu sahaja, LDP ini juga bertujuan untuk membimbing guru-guru yang baru  mengajar dalam subjek Bahasa Melayu. 

   Menerusi LDP ini juga, pihak sekolah berharap guru-guru yang baru mengajar dalam subjek Bahasa Melayu ini dapat satu pendedahan yang mantap tentang kaedah PdPc Bahasa Melayu. 

   Kaedah PdPc dalam Bahasa Melayu dan KSSM Bahasa Melayu baharu ini dikongsikan oleh Tuan GKM Bahasa sendiri iaitu Cikgu Harun bin Salleh, Ketua Panitia Bahasa Melayu Cikgu Norbaizura binti Buniran, Cikgu Ainun binti Hasan, Cikgu Noriah binti Abdullah dan Cikgu Deeparani a/p Ramoo.Berikut kaedah PdPc yang dikongsikan oleh mereka:
1. Cikgu Harun - Ulasan PT3
2. Cikgu Ainun - Komsas (Antologi & Novel)
3. Cikgu Deeparani - Karangan (Teknik 4 Bucu    & Hafalan Tampalan)
4. Cikgu Norbaizura & Cikgu Noriah (KSSM        Bahasa Melayu Tingkatan 1)

    Selain kaedah PdPc dan KSSM Bahasa Melayu, mentor juga berkongsi tentang Rancangan Pengajaran Harian yang mempunyai elemen PAK-21,konsep 4C dan SKPMg2.

   Akhir kata, kehadiran para guru Bahasa Melayu untuk LDP ini juga sangat memberangsangkan. Mereka berasa seronok kerana ilmu baru yang diperoleh ini dapat ditambahbaik dalam PdPc mereka selepas ini.Sebagai seorang guru, keterbukaan minda untuk menerima dan berkongsi sesuatu ilmu adalah sangat penting. Guru-guru di SMKBPJ sememangnya mempunyai sikap keterbukaan minda ini seiring dengan motto sekolah iaitu 'Beriltizam ke Puncak Jaya'.


 Para perserta LDP sedang khusyuk mendengar taklimat mentor



GKM Bahasa Cikgu Harun bin Salleh


Mentor :  Cikgu Ainun binti Hasan
(Guru berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu)


 Cikgu Harun bin Salleh sedang menyampaikan kaedah PdPc Bahasa Melayu : Ulasan PT3



 Cikgu Harun bin Salleh dengan rancak berkongsi kaedah PdPc Ulasan PT3



 Cikgu Ainun binti Hasan bersama Cikgu Deeparani a/p Ramoo



 Cikgu Ainun binti Hasan sedang menyampaikan kaedah PdPc : Komsas


Cikgu Deeparani menyampaikan kaedah PdPc karangan untuk kumpulan cemerlang dan halus



 Cikgu Norbaizura binti Buniran sedang menyampaikan informasi KSSM Bahasa Melayu


 Cikgu Noriah binti Abdullah juga berkongsi cara mengajar Seni Bahasa




Keluarga Panitia Bahasa Melayu SMKBPJ
(Terima kasih Cikgu Rizal untuk foto)


Cikgu Noriah binti Abdullah, Cikgu Yusnita binti Ya dan Cikgu Norbaizura binti Buniran


GKM Teknik & Vokasional Cikgu Rizal bin Ahmad turut hadir untuk menyokong aktiviti Panitia Bahasa Melayu


Cikgu Nurul Huda binti Abu Talib, guru berpengalaman bersama Cikgu Shahiroh binti Jamaludin

Tahniah kepada ahli panitia Bahasa Melayu SMKBPJ.☺

Klik pautan di bawah untuk menonton video LDP ini.
https://www.youtube.com/watch?v=j0LeJTAEL_Y


Friday 17 February 2017

Strategi JIGSAW dalam PdPc Bahasa Melayu

Jigsaw dalam PdPc BM - mempunyai elemen 4C dan SKPMg2.
Semoga video-video ini membantu memantapkan PdPc guru sekaligus merealisasikan Gelombang 2 PPPM.

https://youtu.be/2iYWCs62YI0
Kumpulan Halus☝
Klik pautan di atas



https://youtu.be/_n_46J45k5g
Kumpulan Cemerlang☝
Kilik pautan di atas






Friday 10 February 2017

Flipped Classroom dalam Karangan ImBaKuP

Flipped Classroom dalam kelas BM Ting.5 Akaun

Klik pautan di bawah untuk menonton video PdPc PAK-21👇