Thursday 7 February 2019

BUKU SKRAP LITTLE EINSTEIN

BUKU SKRAP
LITTLE EINSTEIN

Image result for LITTLE EINSTEIN
Sumber: Google Image

TEKNIK BACAAN KWLH DALAM MATA PELAJARAN SAINS KSSM

Dalam pembelajaran, pengetahuan sedia ada sangat penting ditekankan dan pengetahuan ini harus digabungkan dengan pengetahuan yang diperoleh menerusi bahan-bahan rujukan.

Pada masa ini, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan satu cabaran besar kepada murid-murid. Mengapakah KBAT menjadi satu cabaran mereka? Pernahkah kita terfikir mengenai hal ini?
Murid:
  1. kurang membaca
  2. kurang meneroka maklumat baharu dan berilmiah daripada sumber seperti Youtube, Jurnal, Blog, Majalah Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Surat khabar, Radio, Dokumentari dan sebagainya
  3. kurang perasaan ingin tahu (inkuiri) untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan
  4. merasakan perkara/isu lain lebih penting berbanding yang berilmiah
  5. bergantung 100% kepada penerangan guru
Bagi menangani cabaran ini, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sains SMK Bandar Puteri Jaya berganding bahu dengan memperkenalkan teknik bacaan KWLH kepada semua murid Tingkatan 3. Murid dikehendaki menyediakan buku skrap Little Einstein berpandukan sebuah tajuk artikel Dewan Kosmik yang diberikan oleh guru.

Saya dijemput sebagai fasilitator untuk menyampaikan taklimat teknik bacaan KWLH kepada semua murid Tingkatan 3. Pada pandangan saya, sekiranya Program Buku Skrap Little Einstein dibuat dengan bersungguh-sungguh oleh semua murid Tingkatan 3, maka buku skrap yang akan dihasilkan oleh mereka bakal menjadi bahan rujukan kepada semua murid untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Malah, buku skrap ini juga akan membantu murid mengeluarkan idea-idea bernas semasa penulisan karangan.

Saya kongsikan di sini power point slaids Buku Skrap Little Einstein. Semoga teknik ini akan membantu lebih ramai murid lagi.

Image result for teknik bacaan kwlh
Sumber: Google Image
Foto 1: Teknik Bacaan KWLH


SLAIDS TEKNIK BACAAN KWLH UNTUK BUKU SKRAP LITTLE EINSTEIN






Sumber Foto: Puan Nor Aqilah binti Norjandin (Guru Sains Tingkatan 3)
Foto 2: Taklimat Teknik Bacaan KWLH untuk murid-murid Tingkatan 3

No comments:

Post a Comment