SOALAN 1(a)
Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kuala Lumpur.[isi⇒1m]Tempat ini merupakan tempat tinggal Lili dan keluarganya.[huraian⇒1m]
Latar tempat yang seterusnya ialah stesen bas. [isi⇒1m] Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu. [huraian⇒1m]
SOALAN 1(b)
Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin. Novel ini mempunyai
persoalan keberanian dalam menghadapi masalah. Contohnya, peristiwa Lili, Danel dan Geetha berani menyatakan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.
Seterusnya, contoh peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
** Soalan 1(b) sepatutnya berdasarkan dua buah novel yang murid telah baca. Memandangkan ini ialah kerja rumah murid Tingkatan 4 maka guru meminta murid memberi dua contoh peristiwa berpandukan novel Jendela Menghadap Jalan.
No comments:
Post a Comment