Salah satu strategi menarik PdPc Abad ke-21
MICROSOFT MOUSE MISCHIEF(MMM)
Pembelajaran interaktif abad ke-21
Apakah itu MMM?
Microsoft Mouse Mischief adalah add-in untuk Microsoft Office PowerPoint 2010 dan 2007, program pengajaran terbaru oleh Microsoft yang merupakan sebahagian daripada sistem Microsoft Office. Program ini akan membolehkan guru-guru untuk membuat dan memasukkan soalan, pemilihan (polls), dan slaid aktiviti melukis ke dalam perisian Microsoft Office PowerPoint.
Dalam MMM Power Point ada icon Multiple-Mouse untuk diklik oleh guru sebelum aktiviti interaktif bermula.
Perisian baru ini boleh dimuat turun dari laman web rasmi Microsoft secara PERCUMA.
Klik pautan di bawah:
Mengapakah MMM sangat sesuai untuk PdPc abad ke-21?
Murid dapat berinteraksi dan menyertai di dalam aktiviti pembelajaran kelas sama ada secara individu atau kumpulan. MMM berfungsi sebagai rangsangan kepada peningkatan dan pembelajaran yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, maksimum hanya 25 unit tetikus tanpa wayar (wireless mouse) sahaja boleh diaplikasikan dalam MMM. Dalam konteks kelas di Malaysia yang mempunyai bilangan murid di antara 30 hingga 45 orang murid maka aktiviti kumpulan sesuai dijalankan menggunakan MMM.
Apakah peralatan yang perlu disediakan oleh guru untuk PdPc menggunakan MMM?
- Komputer / Komputer Riba
- Skrin LCD
- LCD
- Tetikus tanpa wayar 2.4 GHz
- USB Port Hub 2.0
Berapakah anggaran kos pembelian tetikus tanpa wayar dan Hub?
Tetikus tanpa wayar (jenama biasa)
RM25 - 30
Hub (6 receiver)
RM20 - 40
Apakah persediaan guru untuk PdPc MMM?
Seperti biasa menyediakan Power Point slides untuk ditayangkan kepada murid cuma fokus aktiviti lebih kepada kuiz dan aktiviti pengukuhan.
Mata ganjaran boleh diberikan kepada kumpulan yang menjawab soalan dengan betul dan cepat. Ada paparan di sebelah kiri skrin yang menunjukkan jawapan murid yang betul dan salah serta orang pertama yang menjawab dengan betul.
Apakah jenis soalan yang boleh disediakan oleh guru melalui MMM?
Soalan jenis Ya/Tidak, Soalan jenis pelbagai pilihan (sehingga 10 pilihan) dan Soalan jenis melukis
Kebaikan MMM?
MMM menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan memupuk semangat bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Malah, PdPc seperti ini akan menarik minat murid terhadap sesuatu topik mata pelajaran sekaligus membolehkan seseorang murid belajar sambil berseronok.
Sumber rujukan:
Facebook 21st Century Teacher
https://www.youtube.com/watch?v=9BpJB7ZWdIE
Bagaimanakah saya mengenali strategi PdPc baru ini?
Saya mengenali MMM melalui Facebook 21st Century Teacher. Saya terbaca satu artikel tentang MMM di negara Filipina. Apabila saya mendapati strategi ini menarik, saya mula meneroka dengan lebih lanjut tentang MMM di laman-laman web yang lain dan juga menonton video pengaplikasian MMM di Youtube.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada Facebook 21st Century Teacher kerana berkongsi strategi PdPc baru ini dalam media sosialnya.
"Thank you to 21st Century Teacher Facebook owner for sharing such a useful teaching strategy in your wall. Great job!".
No comments:
Post a Comment