Saturday 10 December 2016

Blogger Bergelar Guru

KISAH DI SEBALIK 

 'JOM INTAI BLOG CIKGU DEEPARANI'

     Sejajar dengan Transformasi Pendidikan ke arah Pembelajaran Abad ke-21 dan Aspirasi Kedah Unggul 2020 , akhirnya tergerak hati saya untuk mewujudkan Blog sendiri. Jutaan terima kasih kepada  Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman bin Omar, GKM Bahasa Cikgu Harun bin Salleh, rakan SISC+ BM PPD Kuala Muda/Yan, Pn. Mariana binti Yaacob, rakan-rakan guru SMK Bandar Puteri Jaya dan Cikgu Norhailmi Abu Mutalib yang menjadi sumber inspirasi saya untuk mewujudkan Blog ini.


   Sebenarnya bukan susah manapun untuk mewujudkan Blog sendiri. Saya belajar daripada Youtube dan akhirnya berjaya. Pendek kata, Blog percuma dan sangat mudah untuk dihasilkan. Pada pendapat saya, semua warga pendidik perlu mempunyai Blog sendiri agar boleh berlaku Teacher Sharing Session (PLC) di platform ini. Selalunya saya akses Blog Cikgu Norhailmi dan memperoleh pelbagai input berguna untuk PdP saya. Boleh dikatakan Cikgu Norhailmi merupakan sifu PLC alam maya saya.☺


    Selain itu, setelah menjadi guru selama 14 tahun, akhirnya Bimbingan dan Pementoran Pn. Mariana binti Yaacob (SISC+ BM) sejak dari tahun 2013 banyak memberi kesan positif dari segi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah pada diri saya sebagai seorang guru. Contohnya, beliau banyak berkongsi cara menjalankan pembelajaran koperatif, tool kits, Teknik CHATT dan nota/latihan Bahasa Melayu Tingkatan 3, 4 dan 5 kepada saya. Tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memperkenalkan jawatan baru ini dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Bukan itu sahaja, galakan dan sokongan positif pihak pentadbir sekolah saya juga sedikit sebanyak mengubah pemikiran saya untuk mewujudkan sesuatu kelainan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) saya mulai tahun 2017.


    Malah, sikap murid-murid Tingkatan 4P1 saya yang proaktif dan komited turut merangsang saya untuk mempelbagaikan kaedah PdP saya. Seiring dengan itu, saya pun menghasilkan sebuah Blog sendiri di samping merancang untuk menyediakan soalan kuiz/latih tubi mata pelajaran bahasa Melayu dalam Google Forms. Memang mudah dan saya percaya kaedah penyoalan seperti  ini sangat efektif memandangkan murid-murid boleh menjawab soalan kuiz/latih tubi di mana-mana sahaja mereka berada. Hal ini dikatakan demikian kerana rata-rata Generasi Z alaf ini memiliki telefon pintar dan komputer di rumah. Pembelajaran interaktif seperti ini juga merupakan citarasa murid zaman ini dan ini akan merangsang murid untuk menjawab segala kerja rumah yang diberi oleh guru.


   Boleh dikatakan tahun 2016 sememangnya tahun yang memotivasikan diri saya kerana saya dapat merasakan diri saya menjadi guru yang sebenar-benarnya di samping memperoleh tiga anugerah daripada PPD Kuala Muda/Yan iaitu:
  1. Anugerah Pelaksanaan PdP Abad ke-21
  2. Anugerah Open Class PLC Bahasa Melayu
  3. Anugerah Amalan Terbaik Bahasa Melayu




Amalan Terbaik Bahasa Melayu pada 21 November 2016 di PPD KMY







 Anugerah Open Class PLC Bahasa Melayu pada 20 November 2016 di PPD KMY



Anugerah Amalan Terbaik Bahasa Melayu pada 21 November 2016 di PPD KMY



Bagi saya segala anugerah ini ialah satu pengiktirafan kepada kesediaan saya untuk mengubah PdP seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan kemenjadian murid yang cemerlang. Malah, saya juga menganggap pengiktirafan ini sebagai suatu token untuk kejayaan seterusnya baik untuk diri saya mahupun anak-anak murid saya. walau bagaimamanpun, sebagai seorang guru saya percaya bahawa pengiktirafan yang sebenar kepada seorang guru ialah apabila anak murid mengecapi kejayaan dalam hidup.


    Jelaslah di sini bahawa, tahun 2017 merupakan satu tahun yang akan mengubah secara 360⁰ teknik dan strategi PdPc saya ke arah Pembelajaran Abad ke-21. Selain nota dan latihan bahasa Melayu, saya juga akan berkongsi pelbagai input yang berkaitan dengan PdPc kepada warga pendidik di serata Malaysia ini. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan itu adalah daripada saya dan segala kelebihan adalah daripada Tuhan.



Sekian, terima kasih.




✌✌✌✌✌✌✌✌✌❤❤❤❤❤❤❤✌✌✌✌✌✌✌✌






SISC+ - STRENGTH , INQUIRE , SUGGESTIONS , COMPLIMENTS yang ingin saya highlight di sini ialah :

  • Mentor saya Pn. Mariana bt. Yaacob (PPD KMY)
  • Pn. Noor Hayati bt. Abdullah (PPD KMY)
  • Pn. Elina Tan bt. Shariff Tan (PPD Kota Setar)

Terima kasih Puan






    

4 comments:

  1. Tahniah cikgu deeparani!!! Semoga sama-sama kita semarakkan lagi perkongsian ilmu dalam kalangan guru Malaysia. Teruskan melakar kejayaan anda.

    ReplyDelete
  2. Syabas dan tahniah Cikgu Deeparani. Terima kasih kerana menghargai ilmu dan tugas saya. Semangat dan kemahuan untuk membantu rakan guru dan murid-murid cikgu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau kebendaan. TAHNIAH!!! Teruskan kecemerlangan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Puan. Teruskan perkongsian anda kpd guru-guru di daerah KMY.

      Delete